YupeePhone.com, low international rates and monthly packages.

Sunday 5 July 2009

Bagaimana kita membaca?

Di Barat sudah ada banyak kajian tentang membaca terutamanya tentang proses kognitif dan linguistik yang menjadi asas dalam perkembangan keupayaan membaca. Kita sama ada guru mahupun ibu bapa biasanya lebih berminat tentang kaedah untuk guru atau ibu bapa boleh gunakan untuk mengajar anak membaca.

Kesannya, apabila anak tidak boleh membaca dengan baik, kita sudah mati akal. Tetapi kalau kita faham bahawa anak itu akan melalui beberapa tahap sebelum dia boleh sampai ke tahap membaca dengan baik, kita akan dapat membimbing anak dengan cara yang betul dari satu fasa ke fasa yang lain.

Kali ini, saya akan perturunkan ilmu yang saya dapat daripada satu artikel ditulis oleh Linnea C Ehri dan Sandra Mc Cormick. Sebenarnya sedar tak sedar, ada beberapa cara yang kita gunakan untuk membaca.

Linnea C Ehri mengatakan apa jua kaedah yang kita gunakan untuk belajar membaca matlamatnya supaya akhirnya kita boleh membaca menggunakan cara -cara berikut:

1 Decoding - Apabila kita terjumpa satu perkataan yang tidak biasa jumpa, kita mungkin akan menggunakan kaedah ini untuk membaca. Contohnya, merepatriasikan. Kita akan mula mendekod perkataan itu; memenggal perkataan me re pa t r ia si kan dan masa yang sama juga kaitkan setiap pemenggalan tadi dengan bunyinya dan kemudian menggabungkan bunyi menjadi satu perkataan.

Dalam bahasa Melayu, cara ini memang 100% boleh digunakan dengan berkesan. Tetapi tidak untuk bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, ada masanya cara ini terpaksa digabungkan dengan cara lain untuk boleh membaca unfamiliar words.

No comments:

Post a Comment